Monday, March 5, 2012

LAWATAN TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI TERENGGANU KE SK KG BUKIT (HULU NERUS)



Pada hari kedua persekolahan, Encik Hashim bin Mohd Zin, Tim. Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sendiri turun ke padang melihat keadaan banjir yang melanda sekolah ini.





Beliau banyak memberi galakan kepada guru-guru supaya tabah di dalam bertugas. Jangan mudah mengalah jika keadaan seperti ini sering berlaku.

Monday, February 20, 2012

Banjir di awal persekolahan 2012



Awal persekolahan Sk. Kg. Bukit (Hulu Bukit) amat mencabar. Sekolah sekali lagi terpaksa di tutup akibat banjir yang melanda kali ke-4 pada musim ini. Awal tahun lepas banjir lebih besar pada awal persekolahan. Tahun lepas sekolah terpaksa ditutup sehingga seminggu. Syukurlah, pada tahun ini banjir hanya melibatkan sehari sahaja. Sekolah ditutup pada hari kedua memandangkan air banjir terus meningkat pada hari pertama. Namun, air surut pada malam hari.



Murid-murid sekolah ini dibekalkan dengan jaket keselamatan. Bagi murid-murid yang terpaksa datang ke sekolah dengan mengharungi air, pihak sekolah telah membekalkan jaket keselamatan ini.



Pada pukul 12 tengahari padang bola sekolah telah dipenuhi air sedalam paras dada orang dewasa. Padang sekolah ini sudah lama tidak dapat digunakan kerana seringkali dipenuhi air.

Thursday, August 6, 2009

Kem Kecemerlangan UPSR Peringkat Sekolah


Pada 6 Ogos telah diadakan satu kem Motivasi dan Kecemerlangan peringkat sekolah. seorang penceramah dari JPNT telah dijemput untuk menyampaikan motivasi kepada pelajar dan juga ibubapa. diantara pengisian motivasi ialah cara membuat jadual waktu dan juga kaedah meningkatkan markah didalam matapelajaran teras.

Selain daripada pelajar-pelajar tahun enam, kem ini juga telah disertai oleh pelajar dari tahun 5 dan juga tahun 4. tujuannya adalah untuk memberi pendedahan awal terhadap cara untuk mengatasi masalah pembelajaran.

Para ibubapa juga dijemput hadir untuk bersama-sama melonjakkan lagi kecemerlangan pelajar-pelajar.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati bagi penceramah yang sudi bersusah payah ke sekolah ini yang terletak agak pendalaman. TERIMA KASIH dari kami warga SKKB(HN) dan juga pihak PIBG kepada penceramah.

Monday, July 27, 2009

Karnival Memancing Anjuran Bersama Belia 4B dan PIBG SKKB(HN), Setiu



Pihak PIBG sekolah dan Belia 4B telah menganjurkan Karnival Memancing Kampung Bukit (Hulu Nerus). Hadiah pertama merupakan sebuah TV 29 inci, tempat kedua kipas angin, tempat ketiga periuk nasi. Pada kali ini ikan patin seberat 680 gram berupaya menempatkan pemancing mendapat tempat pertama. Manakala tempat kedua ikan keli seberat 260 g dan tempat ketiga berjaya menaikkan ikan lampan seberat 220 g. Pihak PIBG pula telah menyediakan pertandingan teka biji betik. Hadiahnya merupakan sabuah mesin basuh muatan 8 kg. Sebanyak 282 biji telah dikira.

Sunday, July 19, 2009

JUARA NASYID ZON SETIU TIMUR 2009


Sekolah ini telah menyertai Pertandingan Nasyid Zon Setiu Timur dan telah mendapat tempat pertama. Kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Pn. Jumitty Guasing.

Kursus LDPBS E-Pantau 2009


Unit LDPBS sekolah ini telah mengadakan satu kursus E-Pantau bagi guru-guru sekolah ini. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru cara penggunaan Aplikasi E-Pantau. Kursus ini di sampaikan oleh Guru Penyelaras E-Pantau.