Monday, July 27, 2009

Karnival Memancing Anjuran Bersama Belia 4B dan PIBG SKKB(HN), Setiu



Pihak PIBG sekolah dan Belia 4B telah menganjurkan Karnival Memancing Kampung Bukit (Hulu Nerus). Hadiah pertama merupakan sebuah TV 29 inci, tempat kedua kipas angin, tempat ketiga periuk nasi. Pada kali ini ikan patin seberat 680 gram berupaya menempatkan pemancing mendapat tempat pertama. Manakala tempat kedua ikan keli seberat 260 g dan tempat ketiga berjaya menaikkan ikan lampan seberat 220 g. Pihak PIBG pula telah menyediakan pertandingan teka biji betik. Hadiahnya merupakan sabuah mesin basuh muatan 8 kg. Sebanyak 282 biji telah dikira.

Sunday, July 19, 2009

JUARA NASYID ZON SETIU TIMUR 2009


Sekolah ini telah menyertai Pertandingan Nasyid Zon Setiu Timur dan telah mendapat tempat pertama. Kumpulan nasyid ini dipimpin oleh Pn. Jumitty Guasing.

Kursus LDPBS E-Pantau 2009


Unit LDPBS sekolah ini telah mengadakan satu kursus E-Pantau bagi guru-guru sekolah ini. Tujuan kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru cara penggunaan Aplikasi E-Pantau. Kursus ini di sampaikan oleh Guru Penyelaras E-Pantau.

Kursus EDU Web TV 2009


Unit LDPBS Sekolah telah membuat satu Kursus EDU Web TV di SKKB(HN) selama satu hari. Tujuan kursus ini untuk memberi cara penggunaan dan pelaksanaan EDU Web di dalam P&P. Peserta kursus ini melibatkan semua guru-guru SKKB(HN).

Kursus LDP Asas Pengenalan Kayak dan Paintball 2009


Pihak jawatankuasa Unit Latihan Dalaman sekolah telah merancang satu Kursus Asas Pengenalan Kayak dan LDP. Kursus ini diadakan di Pusat Kokurikulum JPNT, Kuala Berang. Pihak sekolah telah bergabung dengan SK Payong Baru memandangkan jumlah guru sekolah ini (SKM) hanya 11 orang. Aktiviti luar ini telah memberi pendedahan awal kepada guru-guru sekolah ini tentang pelaksanaan Kokurikulum yang akan dijalankan ke atas murid-murid. Pengalaman yang ditimba dapat meningkatkan lagi mutu P&P.

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009


GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Sekolah ini telah menyambut perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah 2009 bertempat di kantin sekolah. Antara acara yang menarik ialah ucapan perutusan, permainan sukan guru, persembahan guru dan warga sekolah, dan pemberian hadiah daripada murid.

Program Anti DADAH 2009


Sekolah ini telah mengadakan satu program tahunan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan bertempat di SKKB(HN). Ia telah mendapat sambutan hangat dikalangan murid-murid, kakitangan sekolah dan juga ibubapa turut sama menyertai program ini.